Wednesday, August 26, 2009

Ragu-Ragu.

Sometimes, aku tertanya-tanya...
Mampukah aku terus mengemas kini blog ini....?
Mampukah aku terus menulis menggunakan bahasa Melayu yang skema sebegini....?
Mampukah aku terus mendapat idea serta isi untuk diluahkan di laman maya ini....?

Tetapi Maha Pemberi itu pemurah. Idea kepadaku dicurahkan senantiasa, tak kira di mana aku berada, tak kira perkara apa aku sedang buat. Tambah-tambah ketika aku berak. Oh sangat indah saat tersebut. Aku rasa, jika aku diberi kuasa magis dimana aku boleh membuang air besar sambil menaip, mungkin sudah jutaan post aku telah tuliskan. Pelbagai-bagai topik dengan secara tiba-tiba terpancul keluar daripada otakku. Daripada politik hingga ke Miss Universe. Daripada percintaan ke poligami.
"Eh seperti macam jadi seorang novalis pulak aku rasa. Wahahahaha.."
Bisikku diselangi dengan ketawa kuat yang bergema di dalam tandas awam tersebut. Ajaib bukan alam yang penuh dengan misteri dan mistik ini..

Begitu juga tatkala aku bersenam. Idea yang diberikan oleh Yang Maha Esa mencurah-curah seperti cirit-birit dimalam hari. Oh tidak. Loya pula kurasakan tekak-ku ini. Ok tukar - seperti hujan lebat yang membasahi muka bumi ini. Kalian cuba bayangkan, aku tersenyum dah kadangkala ketawa keseorangan ketika jogging di petang hari apabila idea yang kurang senonoh terpancul. Mungkin sesiapa yang terlihat aku sebegitu berpendapat aku mempunyai ramai imaginary friends, yang menemani diriku ketika aku ber-jogging. Tidak, wahai kalian. Tidak. Tak kurang juga segelintir daripada mereka yang berpendapat neuron-neuron di sesetengah lobes di otakku rosak, menjadikan aku tidak waras. Kasihan kurasakan pada diriku ini, dijadikan mangsa tuduhan serta imaginasi liar sesetengah pihak..

Jadi berbekalan beberapa situasi yang telah aku terangkan diatas, aku mengulung jawapanku kepada semua soalan di atas iaitu -
Ya, aku mampu.

p/s: Jangan bimbang. Aku sedang duduk didalam bilik tidur sekarang, bukannya didalam bilik air.

Wednesday, August 19, 2009

Kegilaan.

Agak-agak dalam 3 tahun rasanya aku tekun berdoa, menadah tangan terhadap yang Maha Esa, sehingga mengalir-ngalir air mataku mencurah membasahi pipi hingga ke baju. Tika di saat itu, bagai perkataan 'boring' itu tidak memberi apa-apa makna dalam kamus diriku....

Well, aku rasa pembuka bicara yg penuh dengan penipuan itu dah cukup untuk menunjukkan bahawa bersungguh-sungguhnya aku menunggu hal ini untuk terjadi.
Aku akui, aku cinta padanya.
Aku rindu padanya.
aku amat tidak senang apabila mengetahui bahawa diriku ini langsung tiada peluang untuk bersamanya.
aku bernazar, jika aku diberi peluang utk memilikimu, pasti aku akan meluangkan malam pertama kita tidur dalam berpelukan, tak kira berpakaian atau tidak. Hal itu langsung tidak difikirkan oleh mindaku yang sentiasa menggilakan jasadmu, wahai cintaku.
itu janji ikhlasku pada dirimu, wahai Alienware M17x..


' Dell Finally Released Its Alienware Product (Laptop) into Malaysia '
Date : June 3rd 2009


Oh aku bagai mahu menjerit kegembiraan pabila kutahu berita itu. Email itulah yang sudah sekian lama aku tunggu dari pihak Alienware. Tapi dalam kegembiraan yang memuncak itu, jantungku berhenti seketika. Mungkin right ventricle aku semput apabila melihat harga asas sebuah laptop itu : RM *tuuttt*
'Damn! This shit is ain't cheap...' Aku bermonolog diselangi dengan carutan yang ikhlas. Kepalaku bahagian kanan hampir botak apabila aku menggarunya tatkala memikirkan bagamana aku mahu membodek ibubapaku bagi mendapatkan mesin yang harganya 4 kali ganda berbanding dengan motosikal EX5 Dream, semata-mata untuk bermain permainan video. Tetapi bagi seorang yang gentelman, berterus-terang itu adalah perkara kecil sahaja. Pantas aku mencapai telefon bimbit cokia-ku dan menghubungi umi. Setelah berborak secara berbelit-belit seperti keling mahu meminjam wang selama 30 minit, akhirnya umi memberi kata putus
"OK, bagi dapat scholarship, dapat laa awk alien-apa-tak-tahu tu"
Tetapi rugi. Rugi sejuta kali kerugian, kerana ketika itu, sudah terlewat untuk aku melengkapkan diri untuk merebut biasiswa...
Tarikh 24 Ogos ini merupakan tarikh keramat bagi diriku. Takdir kekasihku serta diriku bakal ditentukan pada hari tersebut. Seribu harapan aku letakkan kepada barisan hakim yang menilai permohonanku....


By the way, ini spesifikasi yang ingin aku beli :

Color : Metallic Nebula Red Base
Processor : Intel Core 2 Quad Q9000 (2Ghz)
Operating System : Window 7 Premium
Memory : 4GB DDR3
Hard Drive : 1TB Raid 0
Optical Drive : Blu-Ray Player - Free Upgrade
Video Card : SLi Dual 1GB DDR3 Nvidia GTX 280M



p/s : dear Dr Said, akan kucium tanganmu jika biasiswa ini diluluskan!