Wednesday, January 20, 2010

0.05 Genih untuk Call & SMS bagi 3 nombor :)

  1. Pastikan anda memiliki handphone dan jugak kredit.
  2. Hantar mesej kosong ke 525.
  3. Tunggu reply dlm bahasa arab.
  4. After receive mesej tersebut, call 535.
  5. Jika operator anda sangat hebat dan berkecek dlm bahasa Inggeris, sila follow sendirik-sendirik.
  6. jika operator anda tak reti berkecek bahasa Inggeris, sila tekan 2
  7. Selepas menekan 2, sila masukkan nombor yang terpahat di hati itu.
  8. Selepas memasukkan nombor, sila tunggu sebentar untuk operator membacakan semula nombor tersebut.
  9. Tekan 1 untuk pengesahan.
  10. enjoyy.

terima kasih kepada budak nakal ini > Kelik saya!

p/s : hai brapa hari saja lagi kan...

Saturday, January 16, 2010

Obj Unseen Case kt Sini.

  1. Epidemiology of Sickle Cell Disease (SCD)
  2. The structure and function of human heamoglobin with contrasting its different types.
  3. Differential diagnosis of acute chest pain.
  4. Investigation of a case with acute chest pain.
  5. Pathophysiology of Sickle Cell Anaemia.
  6. The risk and complication of SCD.
  7. The prophylatic treatment that children suffering from SCD should receive.
  8. The advantages and disadvantages of bone marrow transplant to patient with SCD.
  9. Comparison between Sickle Cell Anaemia and other types of hereditary anaemias; Thalassemia, Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency.
  10. Therapy of Pneumonia.

p/s : kalau aku rajin, aku post jawapan dia kat sini nanti ok. kalau. :D

Wednesday, January 13, 2010

Buang ayah di tepi jalan.

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

sayu hati kecilku apabila baca kisah ini..


kepada anak lelaki tersebut, sila tunggu balasan daripada Allah ok.

sila tunggu.

p/s : takut bini sampai tahap tu. cuba masuk toilet & check balik dalam seluar, ada lagi tak 'benda' tu? bodoh.

Saturday, January 9, 2010

The Important of Name.



p/s : name = first impression = important indeed.

Thursday, January 7, 2010

Dell Alienware M11x !!





Sekali lagi, gabungan Dell Alienware telah berjaya memikat hati aku. Hari ini - 7 Jun 2010 di CES 2010 yang bertempat di Las Vegas, Dell Alienware telah mendedahkan satu lagi produk terbaru mereka yang mengejutkan semua pihak - Dell Alienware M11x ! ya, bayangkan anda gaming menggunakan netbook yang hanya sebesar 11.4 inci (yea, saya lebih selesa mengkategorikan laptop yang kurang daripada 13 inci sebagai netbook)

Alienware, selaras dengan kualiti dan fizikal produk-produk mereka sebelum ini bagai telah menjanjikan kepuasan kepada bakal pengguna M11x ini nanti. bayangkan, netbook ini telah diuji real gaming experience dan berjaya mencecah 30 frame per second dengan setting ALL HIGH + Native Resolution (High Defination Widescreen) tanpa sebarang masalah bagi permainan video Call Of Duty - Modern Warfare 2.

Hal ini sangat mengagumkan! saya pasti, price:performance ratio bagi M11x adalah jauh lebih baik daripada netbook-netbook mahupun laptop-laptop lain yang ditawarkan dipasaran sekarang.

Demi mengekalkan gaming experience selaras dengan jangka hayat bateri semaksimum mungkin didalam netbook sebesar 11 inci ini, Alienware menggunakan Core 2 Duo dan Nvidia 335M 1GB DDR3 RAM (Nvidia 300M Series), yang membuatkan saya hairan mengapa Alienware tidak menggunakan Intel Core i3 ataupun Intel Core i5 yang lebih baru.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa mahalkah netbook ini? menariknya, ianya hanya berharga 999 USD dan akan mula dipasarkan pada musim bunga ini nanti. (saya menjangkakan ianya berharga lebih kurang RM 3,500 apabila menjejaki Malaysia bagi spesifikasi asas)

jadi apa tunggu lagi? kumpul duit la kawan-kawan! xD

***UPDATED***

1 - harga untuk spesifikasi asas M11x hanya 700 USD.
2 - 999 USD itu untuk maksimum spesifikasi.
3 - mempunyai 11.6" display with 720p.
4 - hanya memerlukan 2 saat untuk menukar daripada Discrete Graphic Card kepada Integrated Graphic Card. tidak seperti M17x yang memerlukan pengguna untuk shut down untuk menukarkannya.
5 - dapat mencecah 50 frame per second dalam permainan video Crysis. wait. 50?! goshh.
6 - 3DMark06 dapat mencecah sehingga 6000 - 7000 dengan mudah.
7 - gaming dengan bateri - 2.5 jam.
8 - penggunaan normal dengan bateri - 6.5 jam.







p/s :
1 - saya sanggup bangun daripada tidur untuk menunggu pengumuman ini ditengah malam-malam buta -.-"
2 - susah gila tulis pasal tech dengan menggunakan BM -.-"
3 - umi & ayahhhhh~~~ ehemmmm!! xD xD xD