Wednesday, August 26, 2009

Ragu-Ragu.

Sometimes, aku tertanya-tanya...
Mampukah aku terus mengemas kini blog ini....?
Mampukah aku terus menulis menggunakan bahasa Melayu yang skema sebegini....?
Mampukah aku terus mendapat idea serta isi untuk diluahkan di laman maya ini....?

Tetapi Maha Pemberi itu pemurah. Idea kepadaku dicurahkan senantiasa, tak kira di mana aku berada, tak kira perkara apa aku sedang buat. Tambah-tambah ketika aku berak. Oh sangat indah saat tersebut. Aku rasa, jika aku diberi kuasa magis dimana aku boleh membuang air besar sambil menaip, mungkin sudah jutaan post aku telah tuliskan. Pelbagai-bagai topik dengan secara tiba-tiba terpancul keluar daripada otakku. Daripada politik hingga ke Miss Universe. Daripada percintaan ke poligami.
"Eh seperti macam jadi seorang novalis pulak aku rasa. Wahahahaha.."
Bisikku diselangi dengan ketawa kuat yang bergema di dalam tandas awam tersebut. Ajaib bukan alam yang penuh dengan misteri dan mistik ini..

Begitu juga tatkala aku bersenam. Idea yang diberikan oleh Yang Maha Esa mencurah-curah seperti cirit-birit dimalam hari. Oh tidak. Loya pula kurasakan tekak-ku ini. Ok tukar - seperti hujan lebat yang membasahi muka bumi ini. Kalian cuba bayangkan, aku tersenyum dah kadangkala ketawa keseorangan ketika jogging di petang hari apabila idea yang kurang senonoh terpancul. Mungkin sesiapa yang terlihat aku sebegitu berpendapat aku mempunyai ramai imaginary friends, yang menemani diriku ketika aku ber-jogging. Tidak, wahai kalian. Tidak. Tak kurang juga segelintir daripada mereka yang berpendapat neuron-neuron di sesetengah lobes di otakku rosak, menjadikan aku tidak waras. Kasihan kurasakan pada diriku ini, dijadikan mangsa tuduhan serta imaginasi liar sesetengah pihak..

Jadi berbekalan beberapa situasi yang telah aku terangkan diatas, aku mengulung jawapanku kepada semua soalan di atas iaitu -
Ya, aku mampu.

p/s: Jangan bimbang. Aku sedang duduk didalam bilik tidur sekarang, bukannya didalam bilik air.