Saturday, October 17, 2009

Binatang.

"binatang betul!!"

eh kejap-kejap. Bukan itu maksud tajukku. Tajukku ini cuma sekadar gimik sahaja, ingin menarik minat para pembaca yang sentiasa membuang masa dengan mengunjungi blog daku yang serba daif ini...

Baru-baru ini, sahabatku, Dr Syukri bin Basiron (memang nama sebenar) telah selamat menamatkan zaman bujangnya di rumah beliau. Aku memang tidak terkejut sangat kerana beliau adalah seorang yang pantang bercakap mengenai cintanya itu. Pantang topik tersebut dibuka, tersembur-sembur air liurnya ketika dia berkongsi cerita mengenai cintanya. Sebenarnya aku pun sama tersembur juga kerana aku pun minat bercerita mengenai bab-bab cinta sebegini. hehehehe..

err sebenarnya cinta yang kami minati ialah cinta akan haiwan, atau lebih specific-nya ialah kucing meow-meow. Tatkala mendengar beliau membeli seekor, hati kecilku ini dengan slow-slow berasa jealous.
"aku nak jugakkkkk!"
jerit hati kecilku. Tetapi apabila difikir-fikirkan apa yang dinasihatkan oleh umi & ayah kesayanganku, aku akur. Mereka pernah berpesan kepadaku supaya tidak membeli kucing, untuk mengelakkan aku terganggu pelajaranku...

Tetapi dengan berbekalkan otak yang licik seumpama seekor penyu, aku meneliti kembali kata-kata umi & ayahku.
"umi nga ayah cakap tokleh beli kucing meow-meow. tapi umi & ayah tok oyak pun buleh ko dok beli hamster! wahahahhaa! nok beli la 2 ekor! xD"

sekarang semuanya sudah terlewat. aku sudah nekad mau membeli sepasang hamster...