Tuesday, November 24, 2009

Iktibar (18SX).

dah remaja, biasalah ada perasaan mahu bercinta. mahu dibelai. mahu ada seseorang untuk mengadu masalah. seseorang yang boleh dipercayai.

DIPERCAYAI?

setakat mana kalian merasakan pasangan kalian boleh dipercayai? Sedar sikit, ini baru bercinta biasa. tiada apa-apa ikatan. tiada. yang ada hanyalah janji dimulut sahaja. tetapi tidak mengapa, atas nama cinta, aku percaya kamu. perkara-perkara yang sepatutnya tidak dikongsi, dikongsi bersama. tidak perlu berikan contoh yang susah-susah, hanya kata laluan untuk membuka akaun email mahupun laman maya anda - Facebook, Myspace dan lain-lain.

"alah, i taknak sorok apa-apa dengan bf i, i sayang dia sangat-sangat..."
"i nk takut apa bagi password i, dia bukan nak buat apa pun. paling-paling pun dia check inbox je..."

iya, itu ketika mood sama-sama baik.

tetapi jika mood ketika bergaduh - clash contohnya? mahu tahu apa yang boleh terjadi?

ini
gambar ini mengandungi foto lucah yang telah ditapis. harap maklum.

boyfriend anda daftar masuk akaun anda dan post benda-benda lucah macam ini. dan paling 'best', dia tag kawan-kawan lelaki anda pada video tersebut.

ini hanya satu contoh. hati manusia bukan mudah untuk dipercayai. tambah-tambah apabila sudah dilamun cinta.



sekarang anda sudah tahu dimana batasan kepercayaan anda terhadap si dia?


p/s :
1 - post ini buat diri aku sendiri dan sahabat-sahabat lain.
2 - sendiri buat, sendiri tanggung. i mean - everything.