Thursday, November 26, 2009

Scary Shit.

semalam Aman AQ mengunjungi rumahku sambil membawa komputer riba beliau yang diserang trojan, meminta bantuanku yang noob ini supaya membaiki komputer tersebut. apabila siap memeriksa dan mengenalpasti masalah komputer riba beliau, kami lepak-lepak, bersembang kosong sambil mengumpat secara kecil-kecilan sahaja.

bermula daripada perihal game yang baru aku siap download; Saw - The Game, kami mula bercerita mengenai kisah-kisah yang menakutkan. aku berkongsi dengannya kisah aku disakat oleh ***** (aku tak mahu sebut, takut woo). aku cuba mencari sebab, mengapakah aku yang menjadi mangsa? adakah aku terlalu kacak? tidak, kurasakan. mungkin adakah aku tidak pandai menjaga mulut sebelum ini? hm.. mumkin, aku rasa. mumkin..

kemudian Aman bertanyakan kepadaku;
"wei piye, mu tengok dop lagi cito hatu hok takok tu. gapo heh namo dio. dok ingat aku. tapi yo buke belakong, yo hok sungguh!"
tanya beliau dengan penuh bersemagat.

"hooo, namo yo Paranormal Activiti deh? aku download doh cito tu, tapi dop dae nok ngengok lagi. aku bizi sungguh 2 3 hari ni, bizi perabih game"
jawabku, jujur.

"mu jange tengok sore piye, aku takok mu dopleh tido male kaeee"
ujar beliau sambil membuat mata yang menakutkan padaku.

lalu hati kecilku berkata;
"cehh. how scare this shit can be? like some other crappy blockbuster movies with all those massive camera effects?"
dengan penuh nada berlagak...


jadi pada hari ini, aku menonton cerita itu berseorangan dengan membuka 100% volume laptop M17x aku ini.

dan hasilnya?

holy sh*t!


alamak! hadi dgn joe dahla takda sampai raya kedua. macam mana kalau aku sakit perut tengah-tengah malam?


wuu~

------------------

Soalan : apa yang menakutkan sangat tentang cerita ini? macam hampeh sahaja saya tengok?

Jawapan : kalian pernah tengok tak cerita Borat? cerita kelakar yang tidak dilakonkan, hanya reaksi spontan daripada pelakon. tiada muslihat. tiada sound effect yang happening.
begitu juga dengan cerita ini. bayangkan anda melihat cerita hantu yang tidak nampak hantunya, tiada bunyi sound effect. tiada kesan khas camera. ianya purely original. ketakutan yang terhasil itu daripada perasaan keaslian tersebut, bukannya disebabkan muka pelakon hantu yang dimekap tebal seperti kakak yang mengedarkan dan mengutip attendance sheet setiap kali PBL itu.


p/s : sebelum ni aku salu cakap org lain penakut. tp bila aku nmpk sndiri benda tu, baru aku tau, ia betul-betul menakutkan dan memang patut takut. -.-" korang yang duk cakap aku penakut ni, dah betul-betul nampak ke benda tu? kalau belum, toksah talk shit okey!