Monday, October 26, 2009
Saturday, October 17, 2009
Binatang.
"binatang betul!!"
eh kejap-kejap. Bukan itu maksud tajukku. Tajukku ini cuma sekadar gimik sahaja, ingin menarik minat para pembaca yang sentiasa membuang masa dengan mengunjungi blog daku yang serba daif ini...Baru-baru ini, sahabatku, Dr Syukri bin Basiron (memang nama sebenar) telah selamat menamatkan zaman bujangnya di rumah beliau. Aku memang tidak terkejut sangat kerana beliau adalah seorang yang pantang bercakap mengenai cintanya itu. Pantang topik tersebut dibuka, tersembur-sembur air liurnya ketika dia berkongsi cerita mengenai cintanya. Sebenarnya aku pun sama tersembur juga kerana aku pun minat bercerita mengenai bab-bab cinta sebegini. hehehehe..
err sebenarnya cinta yang kami minati ialah cinta akan haiwan, atau lebih specific-nya ialah kucing meow-meow. Tatkala mendengar beliau membeli seekor, hati kecilku ini dengan slow-slow berasa jealous.
"aku nak jugakkkkk!"
jerit hati kecilku. Tetapi apabila difikir-fikirkan apa yang dinasihatkan oleh umi & ayah kesayanganku, aku akur. Mereka pernah berpesan kepadaku supaya tidak membeli kucing, untuk mengelakkan aku terganggu pelajaranku...
Tetapi dengan berbekalkan otak yang licik seumpama seekor penyu, aku meneliti kembali kata-kata umi & ayahku.
"umi nga ayah cakap tokleh beli kucing meow-meow. tapi umi & ayah tok oyak pun buleh ko dok beli hamster! wahahahhaa! nok beli la 2 ekor! xD"
sekarang semuanya sudah terlewat. aku sudah nekad mau membeli sepasang hamster...
Wednesday, October 14, 2009
Kekasih No.2
Color : Metallic Nebula Red Base
Processor : Intel Core 2 Quad Q9000 2.06Ghz [Overclock to 2.49Ghz]
Operating System : Windows Vista [Windows 7 Update Eligible]
Memory : 4GB DDR-3
Hard Drive : 1 TB Raid 0
Optical Drive : DVD+-RW
Video Card : SLi Dual 1GB DDR-3 Nvidia GTX 280M with CUDA and PhysX Support [Overclock to 639/1008/1450]

superb solid protection
finally.. my nebula red babe!!
i just cant forget the first time i hold it.
the aluminium casing feels way soooo solid !
i'd failed to close my mouth during this moment. seriously.
now ready to pawn other. just bring it on, my friend.
Processor : Intel Core 2 Quad Q9000 2.06Ghz [Overclock to 2.49Ghz]
Operating System : Windows Vista [Windows 7 Update Eligible]
Memory : 4GB DDR-3
Hard Drive : 1 TB Raid 0
Optical Drive : DVD+-RW
Video Card : SLi Dual 1GB DDR-3 Nvidia GTX 280M with CUDA and PhysX Support [Overclock to 639/1008/1450]
-few photos during arrival of my precious-

superb solid protection
finally.. my nebula red babe!! i just cant forget the first time i hold it.
the aluminium casing feels way soooo solid !
i'd failed to close my mouth during this moment. seriously.
now ready to pawn other. just bring it on, my friend.p/s :
1 - Post ini mengandungi 0.000% rasa bangga diri.
2 - Post ini mengandungi 140.29% rasa mahu berkongsi kegembiraan.
2 - Harga kekasih keduaku ini adalah rahsia. Sila tanya umi & ayah kesayanganku untuk jawapan.
3 - Ketibaan kekasihku ini adalah ketika 10 malam terakhir Ramadhan.
4 - Ya, kami tidur berpelukan ketika malam pertama kami seperti yang aku nazarkan beberapa tahun lepas.

Friday, September 4, 2009
Sekejap.
Ya. Aku tahu sudah lama aku tidak mencoret apa-apa didalam blog burukku ini. Diriku sedang bersabar menunggu sesuatu sekarang....
p/s : aku sangat teruja untuk tibanya hari selasa ini xD

Wednesday, August 26, 2009
Ragu-Ragu.
Sometimes, aku tertanya-tanya...
Mampukah aku terus mengemas kini blog ini....?
Mampukah aku terus menulis menggunakan bahasa Melayu yang skema sebegini....?
Mampukah aku terus mendapat idea serta isi untuk diluahkan di laman maya ini....?
Tetapi Maha Pemberi itu pemurah. Idea kepadaku dicurahkan senantiasa, tak kira di mana aku berada, tak kira perkara apa aku sedang buat. Tambah-tambah ketika aku berak. Oh sangat indah saat tersebut. Aku rasa, jika aku diberi kuasa magis dimana aku boleh membuang air besar sambil menaip, mungkin sudah jutaan post aku telah tuliskan. Pelbagai-bagai topik dengan secara tiba-tiba terpancul keluar daripada otakku. Daripada politik hingga ke Miss Universe. Daripada percintaan ke poligami.
"Eh seperti macam jadi seorang novalis pulak aku rasa. Wahahahaha.."
Bisikku diselangi dengan ketawa kuat yang bergema di dalam tandas awam tersebut. Ajaib bukan alam yang penuh dengan misteri dan mistik ini..
Begitu juga tatkala aku bersenam. Idea yang diberikan oleh Yang Maha Esa mencurah-curah seperti cirit-birit dimalam hari. Oh tidak. Loya pula kurasakan tekak-ku ini. Ok tukar - seperti hujan lebat yang membasahi muka bumi ini. Kalian cuba bayangkan, aku tersenyum dah kadangkala ketawa keseorangan ketika jogging di petang hari apabila idea yang kurang senonoh terpancul. Mungkin sesiapa yang terlihat aku sebegitu berpendapat aku mempunyai ramai imaginary friends, yang menemani diriku ketika aku ber-jogging. Tidak, wahai kalian. Tidak. Tak kurang juga segelintir daripada mereka yang berpendapat neuron-neuron di sesetengah lobes di otakku rosak, menjadikan aku tidak waras. Kasihan kurasakan pada diriku ini, dijadikan mangsa tuduhan serta imaginasi liar sesetengah pihak..
Jadi berbekalan beberapa situasi yang telah aku terangkan diatas, aku mengulung jawapanku kepada semua soalan di atas iaitu -
p/s: Jangan bimbang. Aku sedang duduk didalam bilik tidur sekarang, bukannya didalam bilik air.

Ya, aku mampu.
p/s: Jangan bimbang. Aku sedang duduk didalam bilik tidur sekarang, bukannya didalam bilik air.
Wednesday, August 19, 2009
Kegilaan.
Agak-agak dalam 3 tahun rasanya aku tekun berdoa, menadah tangan terhadap yang Maha Esa, sehingga mengalir-ngalir air mataku mencurah membasahi pipi hingga ke baju. Tika di saat itu, bagai perkataan 'boring' itu tidak memberi apa-apa makna dalam kamus diriku....
Well, aku rasa pembuka bicara yg penuh dengan penipuan itu dah cukup untuk menunjukkan bahawa bersungguh-sungguhnya aku menunggu hal ini untuk terjadi.
Aku akui, aku cinta padanya.
Aku rindu padanya.
aku amat tidak senang apabila mengetahui bahawa diriku ini langsung tiada peluang untuk bersamanya.
aku bernazar, jika aku diberi peluang utk memilikimu, pasti aku akan meluangkan malam pertama kita tidur dalam berpelukan, tak kira berpakaian atau tidak. Hal itu langsung tidak difikirkan oleh mindaku yang sentiasa menggilakan jasadmu, wahai cintaku.
itu janji ikhlasku pada dirimu, wahai Alienware M17x..

' Dell Finally Released Its Alienware Product (Laptop) into Malaysia '
Date : June 3rd 2009
Date : June 3rd 2009
Oh aku bagai mahu menjerit kegembiraan pabila kutahu berita itu. Email itulah yang sudah sekian lama aku tunggu dari pihak Alienware. Tapi dalam kegembiraan yang memuncak itu, jantungku berhenti seketika. Mungkin right ventricle aku semput apabila melihat harga asas sebuah laptop itu : RM *tuuttt*
'Damn! This shit is ain't cheap...' Aku bermonolog diselangi dengan carutan yang ikhlas. Kepalaku bahagian kanan hampir botak apabila aku menggarunya tatkala memikirkan bagamana aku mahu membodek ibubapaku bagi mendapatkan mesin yang harganya 4 kali ganda berbanding dengan motosikal EX5 Dream, semata-mata untuk bermain permainan video. Tetapi bagi seorang yang gentelman, berterus-terang itu adalah perkara kecil sahaja. Pantas aku mencapai telefon bimbit cokia-ku dan menghubungi umi. Setelah berborak secara berbelit-belit seperti keling mahu meminjam wang selama 30 minit, akhirnya umi memberi kata putus
"OK, bagi dapat scholarship, dapat laa awk alien-apa-tak-tahu tu"
Tetapi rugi. Rugi sejuta kali kerugian, kerana ketika itu, sudah terlewat untuk aku melengkapkan diri untuk merebut biasiswa...
Tarikh 24 Ogos ini merupakan tarikh keramat bagi diriku. Takdir kekasihku serta diriku bakal ditentukan pada hari tersebut. Seribu harapan aku letakkan kepada barisan hakim yang menilai permohonanku....
By the way, ini spesifikasi yang ingin aku beli :
Color : Metallic Nebula Red Base
Processor : Intel Core 2 Quad Q9000 (2Ghz)
Operating System : Window 7 Premium
Memory : 4GB DDR3
Hard Drive : 1TB Raid 0
Optical Drive : Blu-Ray Player - Free Upgrade
Video Card : SLi Dual 1GB DDR3 Nvidia GTX 280M
p/s : dear Dr Said, akan kucium tanganmu jika biasiswa ini diluluskan!

Subscribe to:
Posts (Atom)