Thursday, January 7, 2010

Dell Alienware M11x !!





Sekali lagi, gabungan Dell Alienware telah berjaya memikat hati aku. Hari ini - 7 Jun 2010 di CES 2010 yang bertempat di Las Vegas, Dell Alienware telah mendedahkan satu lagi produk terbaru mereka yang mengejutkan semua pihak - Dell Alienware M11x ! ya, bayangkan anda gaming menggunakan netbook yang hanya sebesar 11.4 inci (yea, saya lebih selesa mengkategorikan laptop yang kurang daripada 13 inci sebagai netbook)

Alienware, selaras dengan kualiti dan fizikal produk-produk mereka sebelum ini bagai telah menjanjikan kepuasan kepada bakal pengguna M11x ini nanti. bayangkan, netbook ini telah diuji real gaming experience dan berjaya mencecah 30 frame per second dengan setting ALL HIGH + Native Resolution (High Defination Widescreen) tanpa sebarang masalah bagi permainan video Call Of Duty - Modern Warfare 2.

Hal ini sangat mengagumkan! saya pasti, price:performance ratio bagi M11x adalah jauh lebih baik daripada netbook-netbook mahupun laptop-laptop lain yang ditawarkan dipasaran sekarang.

Demi mengekalkan gaming experience selaras dengan jangka hayat bateri semaksimum mungkin didalam netbook sebesar 11 inci ini, Alienware menggunakan Core 2 Duo dan Nvidia 335M 1GB DDR3 RAM (Nvidia 300M Series), yang membuatkan saya hairan mengapa Alienware tidak menggunakan Intel Core i3 ataupun Intel Core i5 yang lebih baru.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa mahalkah netbook ini? menariknya, ianya hanya berharga 999 USD dan akan mula dipasarkan pada musim bunga ini nanti. (saya menjangkakan ianya berharga lebih kurang RM 3,500 apabila menjejaki Malaysia bagi spesifikasi asas)

jadi apa tunggu lagi? kumpul duit la kawan-kawan! xD

***UPDATED***

1 - harga untuk spesifikasi asas M11x hanya 700 USD.
2 - 999 USD itu untuk maksimum spesifikasi.
3 - mempunyai 11.6" display with 720p.
4 - hanya memerlukan 2 saat untuk menukar daripada Discrete Graphic Card kepada Integrated Graphic Card. tidak seperti M17x yang memerlukan pengguna untuk shut down untuk menukarkannya.
5 - dapat mencecah 50 frame per second dalam permainan video Crysis. wait. 50?! goshh.
6 - 3DMark06 dapat mencecah sehingga 6000 - 7000 dengan mudah.
7 - gaming dengan bateri - 2.5 jam.
8 - penggunaan normal dengan bateri - 6.5 jam.







p/s :
1 - saya sanggup bangun daripada tidur untuk menunggu pengumuman ini ditengah malam-malam buta -.-"
2 - susah gila tulis pasal tech dengan menggunakan BM -.-"
3 - umi & ayahhhhh~~~ ehemmmm!! xD xD xD