Friday, December 18, 2009

Kahwin :">

sahabat-sahabat ingat tak kita ada belajar tajuk Hypersensitivity tatlaka pada zaman muda-muda dahulu? ketika kita menduduki semester II dulu tu. ingat bukan? :)

Dalam banyak-banyak hal yang Maha Berkuasa ini zahirkan, perkataan 'kahwin' seperti sudah menjadi satu overstimulation kepada ibubapaku. pantang disebut, cepat-cepat sahaja dipintas dengan hal-hal lain. bukan sebut, sehingga ketika YM pun begitu. jawapan cemupas mereka - "stdy gakk wi perabis duluu. ni gege nok nikoh. anak bini nok wi make gapo pahni?"
jawapan : wi la makan angin. hihihi ;P

tetapi sebagai seorang anak yang nakal tetapi baik jugak lah sikit-sikit, aku faham mengapa rata-rata ibubapa kita mengambil langkah sedemikian. hati mana tak digilis sekawan lembu jikalau melihat anak sendiri kantoi belajar dipertengahan jalan, jasa daripada berkahwin? seperti umi & ayah selalu sebutkan "First thing first".

tetapi tak dapat disangkal juga, berkahwin ini banyak khasiatnya. bab ini aku rasa tidak perlulah aku senaraikan, sebab sudah pasti sekangkang kera panjangnya. belum dicampur lagi dengan khasiat-khasiat yang tidak logik, hasil daripada pemikiran pasangan yang tidak sabar untuk kahwin.

sekali lagi, tetapi, layakkah kita dengan keadaan kita ini untuk berkahwin? jika rasa ilmu didada dan duit dipoket itu sudah cukup, sila lah.
jimat beras saya untuk sehari.



Saat ketika aku menyakat ibupaku.
ngahahhaa! xD


p/s : coretan ini di-quote daripada suara fikiranku sahaja. tidak ada langsung niat lebih daripada untuk berkongsi :)