Saturday, May 15, 2010

cerita si kaya dan si miskin.


pada satu zaman ini, di sebuah bandar besar, terdapat seorang lelaki yg bernama Ali. Ali ini lahir dalam kemewahan, kesenangan yang dipunyai oleh ibupabanya. tak perlu Ali fikirkan apa-apa lagi mengenai harta kekayaan kerana segalanya telah disediakan kepadanya, sejak dia menghembuskan nafasnya buat kali pertama di dunia ini. kesenangan dan kemewahan yang Ali nikmati membuatkan dia berasa perkataan 'harta' itu tidak mempunyai apa-apa nilai dalam hati kecilnya.
Ali leka. tidak pernah Ali berfikir utk menjaga hartanya mahupun menggunakan hartanya kearah yang diredhai. semakin lama, semakin Ali tidak pandai utk menghargai harta yang dimilikinya, sehinggalah apabila dia terlewat utk sedar yang hartanya telah habis, hilang disia-siakan. lebih menyedihkan, tatkala Ali sedar akan keadaanya, segalanya telah terlewat....


Dan pada zaman itu juga, lahirnya seorang lelaki lain yang bernama Zaki. keluarga Zaki keluarga kampung. keluarga yang susah, senang kata. walaupun ibubapa Zaki berkerja keras, siang dan malam, mencari harta dan kemewahan, ia sentiasa tidak cukup bagi mereka sekeluarga. kehidupan Zaki benar-benar berlawanan jika dibandingkan dengan kehidupan Ali yang serba mewah itu. sejak lahir, Zaki tidak pernah merasai nikmatnya harta. tidak walau sekali. walau sekali. sehingga tidak tahu, bahawa betapa manisnya nikmat apabila memiliki harta sendiri.
tetapi rezeki manusia, hanya Allah yang mengetahui. entah semena-mena, Zaki mendapat harta. tidak banyak. hanya sedikit. tidak terbanding dengan apa yang Ali miliki dahulu. tetapi bagi Zaki, harta yg sikit itulah segala-galanya baginya. buat kali pertama, Zaki dapat merasai betapa manisnya perasaan apabila memiliki harta. dijaga oleh Zaki harta tersebut, setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap minit, dan setiap saat. benar-benar sayang Zaki terhadap hartanya itu. bahkan, Zaki tidak pernah berfikir dua kali utk mempertaruhkan nyawanya utk harta tersebut..


----

kadang-kadang manusia ini (aku) payah utk faham benda-benda yg tak nampak. kena di-analogy-kan dalam bentuk fizikal barulah mudah utk fahami, bukan menggunakan otak, tetapi hati.

renungkan kehidupan Ali, hidup dalam harta daripada baru lahir lagi.
itu adalah kita, hambaNya yang diberi nikmat Islam (harta) ketika sejak kecil lagi, sejak menghembuskan nafas pertama di alam Allah yang sementara ini. dengan nikmat yang diberikan oleh Allah sejak lahir lagi, tanpa susah payah mencari, tanpa susah payah menjaga; ia menyebabkan kita (aku) tidak tahu utk menghargai Islam ini sendiri. apa yang mahu dihargai? bukannya kita bersusah payah, diseksa utk mendapatkan Islam. ini adalah faktor dimana kita(aku) hanya menjadi seorang hamba Allah yang hanya Islam pada nama. Islam pada kad pengenalan. kita(aku) jarang berusaha utk menjaga islamku ini. bahkan ada sesetengah keadaan, malu, utk mempertahankan islam nauzubillah...

mari bandingkan dengan kehidupan Zaki - seorang pemuda yang tak pernah merasai betapa manisnya harta..
seorang kafir yang tidak merasai nikmat Islam seumur hidupnya, tetapi ditakdirkan Allah, beliau mendapat hidayah dan memeluk islam. tidak bnyk yang Allah kurniakan kepadanya, hanya Islam. hanya Islam dan tanpa sebarang ilmu-ilmu lain. tetapi perasaan manisnya, sayangnya dia terhadap Islam itu, subhanallah.. jauh lebih drpd kita(aku).. hambaNya yg sebegini sentiasa menghargai nikmat Islam itu lebih daripada kita. pernah kita lihat hambaNya yg sebegini, memeluk islam dan menjadi mat rempit? menjadi perogol, pembunuh, penzina? selalunya itu hanya dilakukan oleh kita. kita yang lahir terus dalam nikmat Islam ini..

------
- please highlight the space above to see hidden message -

sekarang masih tidak terlewat utk menghargai harta ini.
ia tidak pernah terlewat.
tidak pernah.
sehinggalah ia benar-benar terlewat.

terima kasih buat sahabat-sahabat program JOM yang secara tidak langsung mengubah diri hamba Allah yg kecil ini.
semoga Allah membalas jasa kamu & kerja ikhlas kita insyaAllah :)



p/s : you.complete.me...always.forever.promise.